About Me

My photo
kuala pilah, negori sembilan, Malaysia
just a simple person

Tuesday, July 14, 2009

Baru

Salam allzzz...
x tau kt mane nak mule sebenarnye walaupn da mule..haha..x de ape yg nk diceritakan cuma sekadar luahan sebagai seorang insan. Kini minggu peperiksaan sedang berlangsung, macam2 dugaan terpaksa ak tempuhi..Berat gak.. Tapi ak sebagai seorang anak n kakak tak boleh nk tutup mata je melihat adik2 dalam kesusahan.. Ak syg gile kt adik2 ak..Terima kasih Ya Allah kerana beri ak kekuatan dan sentiasa membantu ketika ak dlm kesusahan. Ak sedar segala dugaan yang kauberikan adalah untuk menguji umatmu. Ujian2 yang kau berikan membuatkan ak tersedar daripada kelalaian..Ak redha n pasrah.. Buat rakan2 n adik2 maaf ya kerana tiada disamping korang ketika waktu peperiksaan ini..Ak sentiasa mendoakan kejayaan korang..Semoga kite same2 success ya.. Semalam pengalaman ke Darul Syifa' sungguh indah..Walaupun terpaksa bertolak seawal jam 1 pagi ke Bangi namun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sampai sahaja di Bangi jam menunjukkan pukul 3.15pagi. Pagar untuk pendaftaran hanya akan dibuka jam 4 pagi dan rawatan bermula selepas subuh..Berpinar juga kepala nie memikirkan dimana hendak menunggu.Alhamdulillah berhampiran Darul Syifa' ade surau An-Nur. Di bawahnye ade dewan serbaguna. Di situlah ak n adik2 berehat seketika. Setelah solat subuh kami pun naik ke Darul Syifa'. Sungguh terharu apabila mendengar ustaz yg membaca doa pembukaan mengeluarkan tangisan kecil. Betapa dia menghayati dan benar2 meminta pertolongan Allah. Ya Allah berkatilah kesemua orang yang berada dan pergi ke Darul Syifa'. Setelah semuanya selesai kami bertolak pulang ke Kuala Pilah pada jam 8 pagi. Ya Allah betapa mengantoknye ak ketika memandu. Nak dikejutkan Kroo tak sampai hati apabila melihatkan die begitu nyenyak tido. Ak gagahkan juga mata walaupunyang lain semua sudah berada di alam mimpi. Dengan Kekuatan yang ada alhamdulillah kami selamat sampai di juasseh. Sampai sahaja di rumah ak tidak berlengah lagi, terus melelapkan mata dan sedar2 jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Kelam kabut nk sembahyang zuhur.
Malamnya sekadar menguji ingatan dengan membaca strategic managment. Paper untuk hari sabtu ini. Ya Allah, semoga ak dpt melakukan yg terbaik.

No comments:

Post a Comment