About Me

My photo
kuala pilah, negori sembilan, Malaysia
just a simple person

Tuesday, July 28, 2009

MANA MILIK KITA


Lirik ''Mana Milik Kita'-Nada Murni-Rabbani

Mana milik kita...Tidak ada milik kita...Semua yang ada..Allah yang punya
Tidak ada kita punya...Kita hanya mengusahakan saja..Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya...Kita Allah punya..Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja...Tidak terlepas dari ciptaanNya...Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita...Kita hanya mengusahakan..Apa yang telah ada
Mana milik kita...Tidak ada milik kita..Semua yang ada..Allah yang punya
Tidak ada kita punya...Kita hanya mengusahakan saja..Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya...Mengapa kita sombong..Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu...Kepada Allah yang empunya..Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya...Malulah kepada Allah..Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga...Apa yang ada pada kita..Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa...Janganlah mengungkit..Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya..Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur..Bukan berbangga..Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa...Gunakanlah nikmat Allah itu..Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja...Agar tidak mengungkit-ungkitnya..Mana milik kita
Tidak milik kita...Semua yang ada..Allah yang punya..Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja..Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Bila terpikirkan kadang-kadang sesame manusia bergaduh disebabkan harta dan sering tak bersyukur dengan apa yg kite ade memang sedih. Padahal sume tu hanya pinjaman sementara. Tak boleh nak cakap orang lain.. Sy sendiri bukanlah hambaNYA yang kuat dan setaqwa itu. YA ALLAH ak mohon taufik & hidayahmu agar diberi kekuatan untuk belajar menjadi pemilik sementara..

Saturday, July 25, 2009

always go at this link http://Prepaid4U.Net/?id=nurmawaddah

salam sume..ri ni 25 july 2009 ri sabtu 3.06 ptg..ak sgt lapa!!!!!... makan magie je tadi neyh..rindunye kt ibu ak..kroo n abg..miss u allz..nk blk kg..ishk3...just nak story mane ak pegi seminggu hilang..ak sebenarnye jadi facy tuk unitar july intake..tanx mun sudi ajak n bagi kte peluang nie..best sgt;).. tgh2 ak jadi usherer isnin tu ak leh jupe napi..hmm...., hanapi budak 1 klaz ak waktu kat 6 atas Maliki..die keje kt unitar, kat bahagian ACAD..x sangka leh jupe walaupun dlm keadaan berbeza dimana ak pelajar n die staff.."wat a small world" btul ke ayat ak tuh..x kesah la asalkan de dekat2 bunyinye..1 g menyebabkan kerunsingan ku ini ialah keretaku, wathal la plak..camne nk blk kg..tetibe je susah nk masuk gearnye..padahal bawu je tukar beberapa bln yg lalu.. x smpi 3 bln lagi..penin..macam2 da..x tau nak cakap pe da.. kebluran idea nk tulih..
surah an-nur ayat 64
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Saturday, July 18, 2009

http://prepaid4u.net/?id=nurmawaddah

salam...
ai kepada kengkwn yg berminat nk jadi ejen topup tuk tambah duit sampingan leh la masuk kt laman we kat atas tuh..Kalau tetiba malam-malam kehabisan topup tak yah risau-risau dah topup je sendiri...heh2..nak story sket neyh, ri ni 18/07/2009 maka MERDEKALAH sy daripada peperiksaan.. peperiksaan je..belajar tak abis lagi..Masih tinggal 2 semester. Kepada rakan-rakan sila doakan kejayaan sy yea.. Nati da keje leh la belanje korang minum SKy juiCE..hehe..Gurau je.. Insyaallah de rezeki lebih leh belanje korang makan..Kepada "OUR SIBLINGS" rindu korang sangat.Pasni Husna dah nak kawin..Masa kene banyak la concentrate kat family..Husna rindunye pada zaman skola2 dulu..Anem, Jayma, Dayah n abang n adik2 ku yang lain bile lagi:p..Angah korang nie x lame lagi..haha..Doa2 amin..(lum de bf gi neyh). Rakan2 sekolah sama ada di sekolah rendah n menengah, jiran2, n sesape yg mengenali diri ini, RINDU KORANG SUME;)

*Persahabatan yang paling agung adalah persahabatan yang dijalin di jalan Allah dan karena Allah, bukan untuk mendapatkan manfaat dunia, materi, jabatan atau sejenisnya. Persahabatan yang dijalin untuk saling mendapatkan keuntungan duniawi sifatnya sangat sementara. Bila keuntungan tersebut telah sirna, maka persahabatan pun putus.


Terjemahan surah An-Nur ayat 61
Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian) dan juga tidak ada salahnya bagi kamu (temasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.

Tuesday, July 14, 2009

Baru

Salam allzzz...
x tau kt mane nak mule sebenarnye walaupn da mule..haha..x de ape yg nk diceritakan cuma sekadar luahan sebagai seorang insan. Kini minggu peperiksaan sedang berlangsung, macam2 dugaan terpaksa ak tempuhi..Berat gak.. Tapi ak sebagai seorang anak n kakak tak boleh nk tutup mata je melihat adik2 dalam kesusahan.. Ak syg gile kt adik2 ak..Terima kasih Ya Allah kerana beri ak kekuatan dan sentiasa membantu ketika ak dlm kesusahan. Ak sedar segala dugaan yang kauberikan adalah untuk menguji umatmu. Ujian2 yang kau berikan membuatkan ak tersedar daripada kelalaian..Ak redha n pasrah.. Buat rakan2 n adik2 maaf ya kerana tiada disamping korang ketika waktu peperiksaan ini..Ak sentiasa mendoakan kejayaan korang..Semoga kite same2 success ya.. Semalam pengalaman ke Darul Syifa' sungguh indah..Walaupun terpaksa bertolak seawal jam 1 pagi ke Bangi namun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sampai sahaja di Bangi jam menunjukkan pukul 3.15pagi. Pagar untuk pendaftaran hanya akan dibuka jam 4 pagi dan rawatan bermula selepas subuh..Berpinar juga kepala nie memikirkan dimana hendak menunggu.Alhamdulillah berhampiran Darul Syifa' ade surau An-Nur. Di bawahnye ade dewan serbaguna. Di situlah ak n adik2 berehat seketika. Setelah solat subuh kami pun naik ke Darul Syifa'. Sungguh terharu apabila mendengar ustaz yg membaca doa pembukaan mengeluarkan tangisan kecil. Betapa dia menghayati dan benar2 meminta pertolongan Allah. Ya Allah berkatilah kesemua orang yang berada dan pergi ke Darul Syifa'. Setelah semuanya selesai kami bertolak pulang ke Kuala Pilah pada jam 8 pagi. Ya Allah betapa mengantoknye ak ketika memandu. Nak dikejutkan Kroo tak sampai hati apabila melihatkan die begitu nyenyak tido. Ak gagahkan juga mata walaupunyang lain semua sudah berada di alam mimpi. Dengan Kekuatan yang ada alhamdulillah kami selamat sampai di juasseh. Sampai sahaja di rumah ak tidak berlengah lagi, terus melelapkan mata dan sedar2 jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Kelam kabut nk sembahyang zuhur.
Malamnya sekadar menguji ingatan dengan membaca strategic managment. Paper untuk hari sabtu ini. Ya Allah, semoga ak dpt melakukan yg terbaik.